Corporal Punishment - Alleged Doctor Confession Exposes Endangerment of Prisoner Due to SOP Flaws

HAYAT is shocked by a ‘confession’ posted on Threads by an account claiming to be a doctor who was on duty conducting medical assessments for prison undergoing whipping.

“Pengalaman lawatan Doktor ke Penjara. Sebelum hukuman sebat dilakukan, perlu dapat pengesahan kesihatan dari Dr

Pertama kali aku ditugaskan ke Penjara, memeriksa banduan2 sebelum disebat, ramai aku tangguh sebat, sebab ramai didapati tinggi blood pressure & gula.

Kali kedua aku pi, Ketua Warden siap bagi 'ceramah' kpd aku,

"Tuan Doktor, depa ni salah MEROGOL, ancam bunuh orang, dll...depa ni ada yg tak tidur malam, tak makan ubat darah tinggi & kencing manis, supaya esoknya ditangguh sebatan“

“Kali kedua tu, SEMUA aku tenyeh, Sihat, boleh jalani hukuman sebat 😆😆 “

Malaysia has had multiple cases of severe complications and death resulting from whipping in prison. This includes Zaidi Abd Hamid’s untimely demise due to infection post-whipping. The content of the post is highly disturbing and concerning as it indicates potential systemic flaws and potential abuses in how whipping is implemented in Malaysia.

The purpose of a Medical Officer present to conduct an assessment is to ensure a prisoner is in a fit state of health for whipping. Any pre-existing conditions or chronic conditions that would render a person highly vulnerable to complications, long-term effects, or even death should have precluded a person from whipping. While some chronic conditions such as diabetes or high blood pressure can be medicated and controlled, the underlying condition persists and continues to pose a risk to a person.

HAYAT calls for a swift investigation into the doctor’s and prison warden’s conduct in this matter by the relevant authorities. The Malaysian government ought to impose a moratorium while it investigates and reviews existing standard operating procedures for whipping.

HUKUMAN SEBAT: PENDEDAHAN “DOKTOR” DAN KELEMAHAN SOP MENGANCAM NYAWA BANDUAN 

HAYAT terkejut dengan ‘pengakuan’ sebuah hantaran di aplikasi Threads oleh sebuah akaun yang mendakwa dirinya seorang doktor yang bertugas menjalankan penilaian perubatan bagi tahanan penjara yang sedang menjalani hukuman sebatan.

“Pengalaman lawatan Doktor ke Penjara. Sebelum hukuman sebat dilakukan, perlu dapat pengesahan kesihatan dari Dr

Pertama kali aku ditugaskan ke Penjara, memeriksa banduan2 sebelum disebat, ramai aku tangguh sebat, sebab ramai didapati tinggi blood pressure & gula.

Kali kedua aku pi, Ketua Warden siap bagi 'ceramah' kpd aku,

"Tuan Doktor, depa ni salah MEROGOL, ancam bunuh orang, dll...depa ni ada yg tak tidur malam, tak makan ubat darah tinggi & kencing manis, supaya esoknya ditangguh sebatan“.

“Kali kedua tu, SEMUA aku tenyeh, Sihat, boleh jalani hukuman sebat 😆😆 “

Malaysia telah mempunyai beberapa kes rotan dimana banduan mengalami masalah kesihatan selepas hukuman rotan dilaksanakan. Ini termasuk kematian Zaidi Abd Hamid yang menghidapi jangkitan selepas disebat. Kandungan hantaran tersebut sangat menggusarkan dan membimbangkan kerana ia menunjukkan kekurangan ataupun salahguna kuasa dalam proses pelaksanaan hukuman sebat.

Tujuan Pegawai Perubatan hadir untuk menjalankan penilaian adalah untuk memastikan tahanan berada dalam keadaan kesihatan yang baik sebelum menjalani hukuman sebatan. Sebarang masalah kesihatan atau penyakit kronik yang boleh membawa kepada masalah kesihatan yang belarutan, kecacatan ataupun kematian seharusnya dikecualikan daripada hukuman sebat. Walaupun beberapa penyakit kronik seperti diabetes atau tekanan darah tinggi boleh dirawat dan dikawal, masalah kesihatan yang datang bersama penyakit-penyakit ini tetap wujud dan terus menimbulkan risiko kepada seseorang.

HAYAT menyeru agar siasatan segera dijalankan ke atas kelakuan doktor dan warden penjara dalam perkara ini oleh pihak berkuasa yang berkenaan. Kerajaan Malaysia perlu mengenakan moratorium sementara semasa siasatan dijalankan dan prosedur operasi standard untuk sebatan dikaji semula.

Previous
Previous

HAYAT Welcomes Stay of Execution for Pannir Selvam, Urges Cross-Border Cooperation

Next
Next

Imminent Execution of Pannir Selvam: Malaysian Police and Home Ministry Should Immediately Investigate Johor Drug Trafficking Activities